Wednesday, March 14, 2012

KICKERS FUTBOL FAMILY DAY

               Assalamualaikum & salam sejahtera.
                   Untuk makluman semua pemain & ibu bapa, pihak kelab bercadang untuk menganjurkan satu majlis ringkas ” Jamuan makan” serta  “ Mini Family Day” bersempena dengan ulang tahun ke-2 penubuhan kelab. Semua ibu bapa, pemain serta ahli keluarga dijemput hadir. Tarikh & masa adalah seperti berikut:

                   Tarikh: 25 March 2012
                   Tempat: Padang Bayan Baru 
           
                   Antara agenda pada hari tersebut adalah:
                  1. In house game (under 8, under 10, under 12, under 16)
                  2. Game untuk ibu bapa / ahli keluarga pemain  
                      ( Lelaki: Bolasepak   Wanita : Bola Jaring)
                  3. Hadiah Untuk Pemain Terbaik 2011 & Pemain Harapan 2011
                  4. Birthday Gift / Voucher untuk pemain
                  5. Jamuan Makan

  Sehubungan itu, pihak kelab ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak ibu bapa berhubung dengan aktiviti ini serta pengesahan kehadiran pada hari tersebut untuk memudahkan pihak kelab membuat perancangan awal.

Kepada pihak ibu bapa yang ingin menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk idea, tenaga kerja, kewangan atau makanan/minuman untuk menjayakan majlis ini adalah amat  dialu-alukan.  Pihak kelab amat berbesar hati sekiranya ibu bapa dapat hadir bersama-sama pada hari tersebut & berpakaian sukan.

Sekian, harap maklum & terima kasih. 









No comments:

Post a Comment